Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Pra U, IKM

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2009 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2008 dan sebelum serta lepasan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta lepasan Diploma Kemahiran Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori Lepasan Diploma

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:
  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2009 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2009 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA atau IPTS.
  5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
  6. Lulusan Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) atau Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  7. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;
  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains
Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; DAN
  6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  7. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh permohonan ditutup –  4 April 2011
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma Dan Setaraf Sesi 2011/2012.
USM
  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh permohonan ditutup –  28 Mac 2011
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga empat program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
  • UPU – 4 April 2011
  • USM – 28 Mac 2011

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USMuntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
  4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi
    1. UPU
      - Hotline :             03 8883 5858       atau Helpline :             03 8883 5848       atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
    2. USM
      - Hotline :             1300 888 876       atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
  6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Tarikh-Tarikh Penting


Penilaian Menengah Rendah
  • 4 – 6 Oktober 2011
  • 11 – 12 Oktober 2011
  • Sijil Pelajaran Malaysia
    • 14 Nov – 14 Disember 2011
    Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
    • Ujian Lisan-15 – 17 Jun 2011
    • Ujian Bertulis – 13 – 14 Jun 2011
    Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
    • Ujian Lisan – 20 – 22 September 2011
      27 – 29 September 2011
    • Ujian Bertulis – 21 Nov – 15 Disember 2011
    Sijil Tinggi Agama Malaysia
    Ujian Lisan11 – 14 Julai 2011
    18 – 21 Julai 2011
    Ujian Bertulis12 – 13 Oktober 2011
    17 – 19 Oktober 2011
    Malaysian University English Test
    Pertengahan TahunAkhir Tahun
    Ujian Speaking4 – 6 April 201111 – 13 Oktober 2011
    11 –13 April 201118 – 20 Oktober   2011 
    Ujian Bertulis16 April 201119 November 2011
    Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. 

      end_of_the_skype_highlighting

    Syarat Umum Dan Khusus

    Klik untuk membesarkan gambar

    SMK HILLCREST








    Lagu Sekolah
    Tersergam indah di bumi bertuah
    Bersemangat melangkah
    Sentiasa tabah
    Bersih, cekap serta amanah
    Bersama ceria terserlah

    Berwawasan menuju kecermerlangan
    Iman dan taqwa jadi pegangan
    Disiplin dan ilmu mari sematkan 
    Generasi cemerlang jadi impian

    Harapan guru,ayah dan bonda
    Menjana semangat membara
    Bersatu harmonis, gigih berusaha
    Menggapai impian jadi nyata

    Kita maju terus maju
    Kita menuju semangat baru
    kitalah barisan warisan 
    Untuk kita di masa hadapan

    Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest

    Misi Sekolah
    • Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan.
    • Melahirkan pelajar yang aktif,kreatif, dan berdaya saing dalam era globalisasi.
    • Melahirkan pelajar yang bertaqwa,berakhlak,berketerampilan dan berjati diri.

    Visi Sekolah
    • Menjadi sekolah terunggul daerah gombak menjelang 2010
    Moto sekolah
    • Ilmu panduan hidup
    Legasi Sekolah
    • Beriltizam cemerlang
    Piagam Sekolah
    1. Memastikan setiap pelajar mendapatkan pendidikan berdasarkan falsafah pendidikan negara
    2. Memastikan setiap guru melaksanakan pelajaran dan pembelajaran yang berkesan, kemas kini, cekap, dan teliti dalam melaksanakan segala program.
    3. Mewujudkan suasana kerja yang harmonis, kesungguhan usaha kearah kecemerlangan, berkerjasama, penyayang, peka dan responsif terhadap keperluan pelajar
    4. Menyediakan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan penubuhan jasmani
    5. Memberi khidmat yang cepat, tepat dan mesra pelanggan.

    Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest

    Pada tanggal 1 Disember 1990, Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest yang dibina pada awal tahun 1989 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991 telah mula dibuka. Luas kawasan yang diperuntuk sekolah ini ialah 8.2 hektar yang asalnya merupakan ladang getah dan kawasan lereng bukit. Kos pembinaan telah diusahakan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail (Menteri Perpaduan Negara). Nama hillcrest diberikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Gombak sempena nama sebuah Syarikat Pemaju Perumahan yang membina Taman Seri Gombak, iaitu Hillcrest Garden Sdn. Bhd.

    Kejayaan yang datang tidak akan jatuh bergolek

    Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. menanam, lenjaga dan menikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan
    Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang dalam pelajaran. Jika diberi peluang, semua pelajar mahu berjaya dalam hidupnya. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika anda tidak faham konsep di atas, anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?
    Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang menyeronokkan. Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang, penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam mana nak seronok cepat? -----> Melepak…seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..gangsterisme..seronok cepat...vandalisme..seronok cepat...
    Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang. Segala 'hal seronok cepat' akan memusnahkan diri.Pelajaran terabai..

    PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    • Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
    • Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
    • Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
    • Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
    • Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
    • Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

    Definisi Bimbingan


    • Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
    Prinsip-prinsip bimbingan
    • Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
    • fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
    • Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
    • murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
    • guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
    • perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
    Pendekatan Bimbingan
    Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
    Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
    • Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
    • Guru ini tidak digelar kaunselor

    Definisi Kaunseling


    Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
    Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
    Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
    kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
    Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
    Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher ,Corey dan James . Blocher  mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
    Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.